Jumaat, 4 Mei 2012

Awal Ashaari Sah Bergelar Suami Scha Al Yahya

                                                                         


PUTRAJAYA, 4 MEI 2012: Pelakon dan pengacara TV, Awal Ashaari telah selamat diijab kabulkan dengan pasangannya Scha Al Yahya dengan sekali lafaz di Hotel Pullman Putrajaya Lakeside, di sini sekitar jam 9.15 malam tadi.
Majlis akad nikah telah disempurnakan oleh bapa Scha Al Yahya sendiri, Syed Mahadzir Syed Kechik Al Yahya yang juga merangkap sebagai pemberi akad nikah dan wali dengan dibantu Pendaftar Perkahwinan dan Rujuk Jawi Putrajaya, Ustaz Mohd Salman Idrus.
Acara sempurna dengan pemberian mas kahwin sebanyak RM2,050 dan hantaran daripada pihak lelaki sebanyak tujuh dulang dan dibalas sembilan dulang daripada pihak perempuan.
Turut diserikan dengan kehadiran keluarga kedua-dua belah mempelai termasuk rakan artis seperti Farah Fauzana, Sazzy Falak, Dynaz Mokhtar, Syazwan Zakariah.
Majlis pernikahan Seia Sekata SchAwal telah disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (saluran 104) dan Astro Awani (saluran 501) secara serentak bermula jam 9 malam.

3 ulasan:

  1. alyyn doakan semoga kak scha dan awal bahagia hingga keanak cucu dan hingga akhir nafas.. amin-amin ya rabbal alamin.......

    insyaAllah........
    doa iklaz dari alyyn........

    BalasPadam
  2. Mana ada tunjuk kt astro..pueh dh nenunggu..smpi kul 11..tak muncul2..apala astro.tak baik tau janji mcm ni.apapun...se

    BalasPadam
  3. congrulation kak scha & abg awal ,,
    moge bahagia smpai ke akhir hayat,,
    amin,,

    BalasPadam