Selasa, 1 Mei 2012

Fasha Sandha Semakin Bahagia Jadi Isteri


                                                                                         
KUALA LUMPUR – Aktres Fasha Sandha mengakui dirinya semakin bahagia menjadi seorang isteri semenjak sah dinikahkan dengan Rizal Ashram atau Jejai pada Jumaat lalu.
Malah, Fasha juga berasa semakin tenang apabila dirinya sentiasa berada dekat di sisi Jejai.
Menerusi lama sosial Facebooknya, Fasha meluahkan rasa bahagianya dan sempat memberikan nasihat kepada pasangan-pasangan yang masih lagi bercinta untuk cepat mendirikan rumah tangga.
“Memang seronok menjadi seorang isteri, susah utk saya gambarkan kebahagiaan dan ketenangan yg sy lalui sekarang. Kepada pasangan yg sudah lama bercinta tapi belum berkahwin, cepat2 lah kahwin jika sudah bersedia. ;)”
Sebelum ini, hubungan Fasha dan Jejai banyak menimbulkan kontroversi apabila Fasha dikatakan menjadi punca kepada perceraian antara jejai dan seorang lagi pelakon wanita cantik, Nora Danish.
Namun, hubungan cinta Fasha dan Jejai terputus sementara ekoran dari beberapa gosip lain pula timbul.
Bagaimanapun, hubungan mereka kembali bertaut semula hingga mereka diijabkabulkan oleh bapa Fasha sendiri, Hassan Umbichi Moideen pada malam Jumaat lalu di Hotel Crowne Plaza Mutiara dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri oleh kaum keluarga, teman-teman rapat dan wakil media.
Pasangan itu akan berbulan madu di Pulau Redang dalam masa terdekat dan majlis resepsi pula akan diadakan di Perlis tidak lama lagi.                                                                                    
credit=Mynewshub

Tiada ulasan:

Catat Ulasan