Rabu, 2 Mei 2012

Watie Dan Joey Akhirnya Dedahkan Tarikh Nikah

                                                                       


KUALA LUMPUR – Pasangan pelakon kontroversi Norwati Sadali atau Watie, 35, dan Zulkifli Daud, Joey, akhirnya mendedahkan mereka sudah pun bernikah pada 22 Disember tahun lalu dengan berwalikan Mohd Nor Azni Sadali iaitu adik Watie.
Pernikahan mereka itu berlangsung di kediamannya di Bukit Antarabangsa.
Bagi Watie, terdapat banyak sebab mengapa dia dan Joey merahsiakan pernikahan mereka dari pengetahuan umum tetapi bersyukur segalanya sudah selesai sekarang ini dengan berlangsungnya majlis resepsi perkahwinan mereka.
“Ada banyak sebab mengapa kami enggan mendedahkan mengenai pernikahan kami kepada pihak media pada masa itu walaupun sebenarnya ingin berterus terang.
“Bagaimanapun semuanya telah selesai dengan baik dan diharapkan penjelasan ini telah menjernihkan keadaan,” kata Watie seperti dalam mStar Online.
Sebelum ini, Watie dan Joey bertindak merahsiakan status hubungan dan pernikahan mereka dari pengetahuan umum meski pun diasak pelbagai soalan dari pihak media.
Namun, majlis sambutan perkahwinannya yang berlangsung di kediaman Setiausaha Akhbar Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ruhaidini Abd Kadir semalam telah merungkai segala tanda tanya yang timbul.
Watie juga berkata, dirinya telah dilamar oleh Joey untuk dijadikan sebagai isteri pada 20 April tahun lalu tetapi tidak mengambil perkara lamaran itu sebagai usaha yang serius.
“Saya benar-benar tidak tahu Joey dan keluarga saya telah berpakat untuk mengadakan majlis itu dan pada tengah hari 22 Disember itu kakak saya telah menyuruh agar saya bersolek dan mengenakan pakaian yang cantik kerana keluarga Joey ingin bertandang.
“Masa tu saya tak fikir lain dan hanya menyangka kehadiran keluarga Joey dari Johor hanyalah untuk merisik saya dan tak sangka lepas solat Asar Tok Kadi semua ada di dalam rumah,” katanya.
Majlis resepsi perkahwinan itu juga turut meraikan hari bahagai sahabatnya juga, Azza Elite dan suaminya, Azlan Zulaily.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan